Friday, July 22, 2011

Interview Tips (The Ian Way)

Credit picture : ibtimes.com

Oh hello, everyone.

It's been a long time since I've posted such a serious post. Yeah, the previous posts were all about my fangirling side over Infinite. Okay, I'll stop about Infinite for a while (I think that I've told this many times about stop talking about Infinite). Oh, it's been such a hot day, aite? Bilik gua dah jadi macam sauna dah.

*Tukar BM*

Semenjak aku grad ni, aku dah pergi banyak interview. Dan aku terima cabaran seorang penemuduga yang suruh aku pergi interview banyak-banyak. Ah, banyak la sangat kan interview nya. Yesterday I was over the moon bila company yang aku rasa interview yang paling neraka pernah aku pergi telah menawarkan a position for me. Yay! Oh, Alhamdulillah. And what makes me proud is that me and my other friend were selected from our batch which is 10 people in total.

Jadi aku akan bagi sedikit tips untuk interview oke.

1) Be honest

Yes, kita kena berlaku jujur. Jangan menipu ke kerojenya. If you don't know something, just admit it. You will get nothing kalau kau tipu. Dibuatnya majikan tanya kau macam mana nak verify login dalam PHP lepas tu kau tak tahu, kan naya. Kejujuran kau mungkin boleh menambat hati majikan cewah.

2) Kaji selidik tentang syarikat

Sebelum pergi untuk ditemuduga, adalah molek bebeno untuk meluangkan sedikit je masa untuk mengkaji tentang syarikat yang bakal anda kerja tu. At least kalau majikan tanya, kau boleh berbangga jawab kat dia. Mungkin ini pun boleh menambat hati majikan. Tapi kalau kau serius tak tahu, jangan buat-buat tahu (rujuk point 1). Dibuatnya majikan tanya pasal syarikat dia, tak ke naya?

3) Dressing jangan overdose

Yah. Aku pernah jumpa orang pakai shawl lollipop pergi interview. WTH man. Nak pergi dating boleh la pakai macam tu. Better pakai baju yang warna lembut/pastel/tak berapa garang macam pink ke. At least anda nampak professional, bukan nampak macam nak pergi bersiar-siar kat KLCC.

Ce kau try buat palm tree macam ni time pergi interview. Confirm terus dapat kerja.


4) Study!

Ini mungkin berguna untuk mereka yang minta kerja sebagai programmer. Hoi dibuatnya company bagi kau test pasal programming, tak ke naya. *Oke aku terasa*

5) Tunjukkan kesungguhan

Kalau kau tak pandai programming, lepas tu self-confident macam hampeh, apa yang terdaya ialah tunjukkan bahawa kau betul-betul nak kerja tu. Kalau majikan suruh kau kerja shift, kau kata sanggup. Kalau majikan kata kau ada kereta, kau kata ada. *coughAinFarhanacough. Sesetengah majikan lebih prefer pekerja yang penyanggup macam ni.

6) Yakin dengan pendirian/pendapat sendiri.

Kata pendapat. Tak ada yang benar atau salah jika kita luahkan pendapat sendiri. Tapi, make sure you are confident with that opinion and stand by it. Bersungguh-sungguh pertahankan pendapat anda tu kalau majikan macam provok anda. Kalau majikan provok pun, jangan bagi muka nampak panik. Tepis dengan wajah yang yakin.

7) English is important

Oh, tak pernah la pulak aku kena interview dalam BM setakat ni. For me, basic simple English is enough. Tak perlu nak ber-accent Aussie ke US ke Engleng ke asalkan orang faham kau cakap apa sudah. Aku selamba badak je cakap English with my Kajang accent you know.

8) Praktis dengan kawan

Hahaha patutnya aku letak yang ni kat paling atas sekali tapi aku baru je teringat. Get a friend dan buat interview olok-olok dengan dia. And also boleh search internet tentang soalan famous semasa interview.

Cukuplah sudah dengan tips ni. Aku pun tak adalah pakar sangat benda-benda camni. But what's important is that the way you brought yourself and the way you think. Fast thinking is important. And also semua tempat interview yang aku pergi soalan dia lebih kurang je. Aku dah lali beb.

1 Manusia Teruja Mengkomen:

fairuz said...

this is bulldozer awesome!! love this post..thanks for the tips.. and weh, gelak terguling2 aq psl palm tree hari style dan skawl lollipop..mybe org tu overconfident kott keh3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...