Saturday, August 20, 2011

Fanfic : Selamat Jalan Leman


Serius aku tak ada idea nak tulis pasal apa. Jangan gelak eh. Keke.

STARRING:

Li Meiling as Joyah


Li Syaoran as Leman



Sakura as Peah



Uchiha Sasuke as Sood


Joyah telah lama memendam rasa terhadap Leman. Sejak Joyah terlihat Leman pada kali pertama, Joyah telah jatuh cinta pada pandangan pertama. Wajah Leman yang kacak dan hensem membuatkan Joyah sentiasa terfikir-fikir akan Leman. Joyah memberitahu perkara tersebut kepada teman-temannya. Teman-temannya memahami isi hati Joyah dan sentiasa mengusik Joyah apabila ternampak Leman.

Selama beberapa bulan, Joyah sentiasa mencari maklumat mengenai Leman. Leman kelas apa, Leman kat mana dan macam-macam lagi. Sampailah masa mereka untuk berpisah. Joyah terasa sangat sedih, namun hidup perlu diteruskan. Joyah terpisah daripada Leman buat beberapa bulan.

Joyah meneruskan hidup seperti biasa selepas itu. Tidak disangka, Joyah kembali menemui Leman. Joyah merasakan bahawa Leman adalah tercipta untuknya. Sungguh tidak tahu malu Joyah kerana berfikiran sedemikan hahahhaa. Joyah kembali dengan aktiviti lamanya iaitu mengorek sedalam-dalamnya maklumat tentang Leman.

Beberapa tahun berlalu. Joyah telah mendapat tahu bahawa Peah yang jelita cuba untuk memikat Leman. Joyah berfikiran bahawa Peah yang perasan. Rupa-rupanya lebih teruk dari itu. Peah dan Leman mengisytiharkan bahawa mereka sedang hangat bercinta. Hancur hati Joyah dibuatnya. Hatinya bagai dicucuk lidi. Seperti disiat-siat. Bagai kaca terhempas ke batu.



Semenjak peristiwa itu, Joyah semakin membenci mereka berdua. Jikalau dahulu Leman merupakan insan terkacak dalam hidupnya, namun sekarang Leman cuma kelihatan seperti katak di matanya. Kalau dulu Leman sayang, sekarang Leman melayang.

Untuk mengubati lukanya, Joyah cuba untuk meminati lelaki lain. Dia telah tertarik hati pada Sood. Sood memiliki ciri-ciri lelaki idamannya. Dia cuba untuk mengambil hati Sood, tetapi tidak berani berbuat demikian. Akhirnya Sood berjumpa dengan gadis yang lebih menarik daripada Joyah. Sekali lagi, hati Joyah remuk.

Joyah telah berjanji kepada diri sendiri untuk tidak meminati lelaki lagi. Dia cuma mahu bekerja dan mengumpul sebanyak mungkin wang kerana baginya wang lebih menggembirakan dari lelaki.

p/s: Gua tak faham kenapa gua mengarang cerita macam ni kehkehkeh.


4 Manusia Teruja Mengkomen:

Hxnis said...

"Kalau dulu Leman sayang, sekarang Leman melayang."

Kau ada bakat tulis fanfic.
ini serius kelakar.
HAHAHA

Nana Splash said...

Haha
Tapi fanfic ini mengarut!
Kekeke.

fairuz said...

hei, cerita dengan watak bergambar.. i very the like cerita ni.. buat joyah, sabar ye.. cinta itu akan dtg :)

Nana Splash said...

Joyah says OK.
Kehkeh.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...